Thursday, 20 August 2015

SHELL Pump Oil Craft

Pump Oil Craft

Apabila anak anak mula bermain 'kereta' dari kotak lama.
Saya terfikirkan satu perkara.
'Seronok juga jika ada pump oil.ia lebih menggembirakan.jika tidak anak akan menolak nolak kereta sahaja/'

zap zuss zass.bahan bahan memang ada di sekitar.
bahan kitar semula.ia lebih murah dan mudah.
cuma print out sahaja perkataan dan tampal dikotak.
dan taraaaaaaa. Siap pump oil untuk di bawa bermain.




Papan penunjuk harga disertakan dengan ruang kad dan pengeluaran  resit.
Mereka  akan lebih gembira kita dapat memasukkan kad dan menarik resit keluar.
Boleh gunakan resit resit lama.gulung dan masukkan .



Ini bacaan ringgit dan liter.
Masih menggunakan harga lama. 


Dan nozel yang comel dari botol febreze lama. 
Yang ini yang sangat mengujakan anak anak.
kerana ia boleh di tarik dan di tekan.ala ala mengepam minyak di pam sebenar.
siapa tak teruja kan?


Apa yang menarik dengan permainan sebegini adalah sel-sel otak mereka berhubung.

1. Perkembangan bahasa.

'Sila tarik nozel dan letakkan di tempat yang betul' 
Ha,agak agak tak teruja ke jika anak mampu sebut perkataan nozel. 😉

2. Perkembangan kognitif

Bayar seringgit atau dua ringgit untuk mengepam minyak,boleh kah?
Berapa baki? 
Berapa liter minyak diperolehi?
wah,dah macam pembelajaran universiti.haha

3. Perkembangan sosial.

Masa inilah mahu latih anak untuk berkongsi dan juga leadership style.
Mula mula abang sebagai pump attendant,kemudian adik pula.
Kemudian adik sebagai cashier dan abang pula bawa kereta.
Ha,ini permulaan yang baik untuk melatih kemahiran sosial yang tinggi.

4. Kreatif

Okeh.mahu ajar anak anak selamatkan bumi tidak memerlukan anak menulis nota atau mewarna lukisan 'selamatkan bumi kita'
cara yang mudah.
Latih anak berkreatif menggunakan bahan terbuang.
simpan dan reka.
Jika suami mula bersuara,katakan kita sedang melatih pemimpin dunia.wah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...