Thursday 23 February 2012

Homemade Lacing Card

Hari jumaat yang sungguh indah.


saya sukakan sesuatu yang 'homemade', 
seperti kita sukakan masakan ibu, dan ternanti-nanti waktu itu.
dan hari ini, saya ada sesuatu yang dibuat di rumah.

HOMEMADE LACING CARD

 photo : minico.com
tidakkah ianya kelihatan cantik?
dan ia sangat berguna untuk perkembangan motor halus anak-anak.
ohh..saya sudah bincangkan berkenaan 'motor halus' ini di entri yang lalu :)

dan homemade card ini saya download dari minico.com
saya laminate dan saya punchkan ia.
jarak setiap lubang terpulang pada anda.
untuk permulaan.jaraknya biar agak jauh.supaya anak kecil tidak terasa sukar.
jika sudah mahir.
jarakkan ia sedikit dekat.
oh anda juga boleh melakukan sendiri di rumah.
mudah dan murahkan!


Fine Motor Activities @ Tateh PlayGroup

eh, tidakkah saya katakan fine-motor activities ini penting untuk anak-anak.
dan mommy harus galakkan penglibatan anak-anak dalam aktiviti yang melibatkan fine-motor ini.
ooh, FINE MOTOR adalah aktiviti yang melibatkan penggunaan small muscle atau pincer-grasp, atau 'jari-jari yang kecil' itu.
semakin banyak permainan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak yang melibatkan fine-motor ini, semakin anda membantu mereka untuk menguatkan otot-otot tangan mereka.

ohhh.kenapa kekuatan otot-otot tangan anak penting untuk perkembangan mereka?
kerana anda membantu anak-anak untuk mahir di dalam aktiviti 'kemahiran hidup' mereka:

1- semakin banyak latihan atau permainan yang melibatkan 'otot kecil ini', semakin mereka mahir dengan aktiviti menggunting.ohh, kenapa menggunting?kerana, aktiviti menggunting itu sukar untuk seorang kanak-kanak, namun ada yang 'sangat mahir' menggunakannya.

2.fine motor activities ini akan melatih mereka untuk mewarna dengan lebih cantik dan kemas dan aktiviti mewarna di dalam buku latihan sekolah akan menjadi lebih kemas.tidakkah ini akan membuatkan mommy akan lebih gembira. :)

3. susah hati dengan tulisan tangan anak yang kurang cantik? *ohh nadanya seakan iklan tv pula*, cuba perbanyakkan aktiviti yang melibatkan fine-motor ini.ia akan membantu untuk 'develop correct pencil grasp'

4. dan saya pernah berbual dengan seorang doktor gigi yang mengakui, 'kekuatan pengguanaan fine-motor ini' membantu anak kecil untuk memberus gigi dengan baik.

5. dan, aktiviti 'fine motor' ini juga sebenarnya membantu anak anda untuk fokus dalam aktiviti membaca *reading session* dan aktiviti pembelajaran di kelas kelak.ini kerana fine-motor activities membantu 'hand-eye coordination'. bukankah melakukan aktiviti 'memasukkan tali ke dalam beads' itu perlu daya konsentrasi yang tinggi?

Dan , kerana itu dalam setiap kelas yang di jalankan di TATEH PLAYGROUP, akan ada aktiviti yang melibatkan penggunaan 'fine-motor' anak-anak.


fine motor activities

Ohh, aktiviti ini amat-amat di gemari oleh anak-anak.
menggunakan 'paper clip' dalam aktiviti 'FIND AND MATCH ACCORDING TO THE RIGHT COLOR'
biarpun sedikit sukar, namun ada yang berjaya melakukannya dengan BAIK.syabas sayang!





dan ini sorting activity



dan juga parachute play



ohhhh, masa untuk bergembira dengan warna masih lagi di buka.
email di tatehplaygroup@gmail.com atau terus hubungi saya 019-6954456 (teacher munira)

Wednesday 22 February 2012

Alphabet Scavenger Hunt

new HOMEMADE things in the class *wink.wink*


ianya dari bahan-bahan terpakai kerana ia harus dididik di dalam diri anak-anak.
ia membantu menyelamatkan bumi dan juga mengajar anak-anak lebih creative dan inovatif.
bahan-bahan :
1. botol air terpakai
2. beras yang di warnakan
3. dan juga alphabets
4. belon *untuk mengelakkan dari penutup di buka*

ohhh anak-anak lebih teruja untuk belajar mengenal huruf.
dan juga belajar berkaitan warna.


'ohhhh lihat, momma lihat ada huruf berwarna hijau.huruf apakah itu?'
dan
'cuba adik cari huruf berwarna BIRU' *tekannya perkataan warna itu*
tidakkan pengajaran ini lebih menggembirakan..
dan inilah yang dinamakan 'LEARN TRU PLAY'

untuk lebih pengalaman dalam permainan ini, boleh daftarkan diri ke TATEH PLAYGROUP CLASS.
kelas diadakan setiap hujung minggu! ;)

Sunday 19 February 2012

COLORS.COLORS.COLORS.

bermain dengan warna itu INDAH! :)


dan pembelajarannya dengan cara yang sangat FUN!


dan yang lebih MENGUJAKAN....
thumbprint rainbow painting!


sms saya atau isi form untuk pendaftaran.
tempat masih di buka..namun SANGAT TERHAD!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...