Thursday, 20 August 2015

DIY Alphabet Hunt








SHELL Pump Oil Craft

Pump Oil Craft

Apabila anak anak mula bermain 'kereta' dari kotak lama.
Saya terfikirkan satu perkara.
'Seronok juga jika ada pump oil.ia lebih menggembirakan.jika tidak anak akan menolak nolak kereta sahaja/'

zap zuss zass.bahan bahan memang ada di sekitar.
bahan kitar semula.ia lebih murah dan mudah.
cuma print out sahaja perkataan dan tampal dikotak.
dan taraaaaaaa. Siap pump oil untuk di bawa bermain.




Papan penunjuk harga disertakan dengan ruang kad dan pengeluaran  resit.
Mereka  akan lebih gembira kita dapat memasukkan kad dan menarik resit keluar.
Boleh gunakan resit resit lama.gulung dan masukkan .



Ini bacaan ringgit dan liter.
Masih menggunakan harga lama. 


Dan nozel yang comel dari botol febreze lama. 
Yang ini yang sangat mengujakan anak anak.
kerana ia boleh di tarik dan di tekan.ala ala mengepam minyak di pam sebenar.
siapa tak teruja kan?


Apa yang menarik dengan permainan sebegini adalah sel-sel otak mereka berhubung.

1. Perkembangan bahasa.

'Sila tarik nozel dan letakkan di tempat yang betul' 
Ha,agak agak tak teruja ke jika anak mampu sebut perkataan nozel. ��

2. Perkembangan kognitif

Bayar seringgit atau dua ringgit untuk mengepam minyak,boleh kah?
Berapa baki? 
Berapa liter minyak diperolehi?
wah,dah macam pembelajaran universiti.haha

3. Perkembangan sosial.

Masa inilah mahu latih anak untuk berkongsi dan juga leadership style.
Mula mula abang sebagai pump attendant,kemudian adik pula.
Kemudian adik sebagai cashier dan abang pula bawa kereta.
Ha,ini permulaan yang baik untuk melatih kemahiran sosial yang tinggi.

4. Kreatif

Okeh.mahu ajar anak anak selamatkan bumi tidak memerlukan anak menulis nota atau mewarna lukisan 'selamatkan bumi kita'
cara yang mudah.
Latih anak berkreatif menggunakan bahan terbuang.
simpan dan reka.
Jika suami mula bersuara,katakan kita sedang melatih pemimpin dunia.wah!

'Get Better' Pills

Ini craft yang Aisyanur buatkan untuk hiburkan hati ibu saudaranya yang demam panas.
Ia tidak memerlukan bahan yang banyak.
Juga tiada tenaga yang banyak terkorban disini.
Namun hasilnya mengujakan dan menggembirakan.untuk yang memberi .juga untuk yang menerima.

Hanya perlukan 
1. botol lama yang diguna semula
2. tali sebagai hiasan
3. printable version of 'joke of the day'  dan di print di kertas warna.

Di mana mahu cari joke of the day yang sangat kelakar hingga tergelak dan mengeluarkan air mata? search sahaja.kemudian print dan ajak anak anak kecil untuk meggulungnya.
aktiviti menggulung kertas kertas berwarna itu melatih pergerakan otot kecil nya.



print out juga bersekali dengan 'recommended consumption'.haha



Hasilnya? Priceless.hahaha
apabila orang yang demam ketawa terbahak bahak.
itu sudah cukup menggembirakan.

idea yang mudah utuk menggembirakan orang yang sakit.betul tak?hahaha

Masih Di Sini

Omaigod.
Almost one year tanpa apa apa entri.
Sungguh.saya terlupa tentang tentang blog ini.
Terlupa perihal playgroup ini.yang saya tinggalkan untuk seketika.
Untuk seketika.hahaha.
Bukan.ia ditinggalkan untuk tempoh yang lama.

Komitmen.
Itu ayat yang lebih tepat untuk gambarkan keadaan saya kini.
Komitmen dengan kerja sebagai kindergarten teacher.
Ia menuntut lebih perhatian dan tanggungjawab.
Hingga saya benar benar terlupa tentang yang ini.

Aduh.
Mahu asah skill penulisan kembali.
Hoho.azam untuk tahun ini sebenarnya.
Dan ia masih berbaki empat bulan.
Sempat.dan masih sempat untuk saya tunaikan azam ini kan?haha

Saya.
Rindu untuk kembali ke sini.


Ini saya.
Masih gembira untuk mendidik anak anak kecil kini.

Love,
Teacher munira

Saturday, 21 December 2013

TODDLER PLAY : SORTING MERANGSANG OTAK ANAK

sorting.classifying.
nampak mudah.kutip batu.kutip daun.kutip bunga.
kemudian sort.batu dengan batu.daun dengan daun.bunga dengan bunga.
kemudian ketawa.eh.


Ini aktiviti yang di gemari untuk anak usia dua dan tiga.
Dan ini nuha.usia dua.
Aktiviti mendorong untuk anak jadi bijak.merangsang dan men'stimulasi' akal mereka.
Dan aktiviti 'sorting' juga adalah rangsangan awal untuk mahir membaca.

'Sorting activity' menggalakkan anak berfikir.
mengukuhkan logical skill mereka.
eh, nampak mudah untuk kita.namun anak berfikir
.kasut yang merah untuk box yang merah.
dan kasut yang purple untuk closet momma yang purple.
otak mereka berjalan.
kerana otak mereka di rangsang.
Sorting activity membantu anak-anak mengguna logik akal.

'sorting activity' permulaan untuk BIJAK MATEMATIK.
besar nanti,anak akan meng'group' data.
mengira berapa hyundai yang lalu,berapa perodua.berapa proton dan berapa honda.
eh macam pernah buat kan.hihi.
aktiviti sorting dari kecil membantu anak untuk memahami ' konsep sama dan berbeza','
konsep kurang dan berganda-ganda' secara visual.

sorting activity membina foundation yang kukuh untuk belajar konsep mengira.
mereka belajar mengira.menambah dan menolak.di luar tahap sedar mereka.
belajar sambil bermain katanya.


Kata Kristi McCabe
Dalam 'Teaching Toddlers To Sort Shape'

Learning to categorize objects provides a foundation for later learning. Parents can significantly increase a child's school readiness by spending time developing early learning skills during the baby and toddler years.



Aktiviti lain untuk sorting aktiviti.


menarik kan?

Wednesday, 18 December 2013

CRAFT : Baby Hanging Mobile

Saya sukakan craft.
dan sukakan homemade things.
Baby hanging mobile ini adalah mommymade.di jahit dengan penuh dengan kasih sayang.
ya.kasih sayang.





Motif utama 'baby hanging mobile' ini adalah untuk melatih pergerakan mata.
Stimulasi mata sejak dari bayi akan mambantu pergerakan eye-hand coordination mereka.
pergerakan 'eye hand coordination' yang baik memudahkan proses menulis dan membaca.  



Tuesday, 13 November 2012

[Play] Homemade Playdough Recipe

'Playdough play" adalah sangat-sangat baik untuk perkembangan fine motor skill kanak-kanak.
Bermain dengan dough ini boleh bermula seawal kanak-kanak berusia setahun. 
Aktiviti menggolek,mengepal dan menekan dough dengan kuat *atau perlahan* merangsang motor-motor halus mereka bekerja.
Dan kerana usia kanak-kanak yang masih kecil,penyediaan dough yang selamat harus di utamakan!

Superduper easy peasy homemade playdough recipe.
ia mudah,murah dan selamat!*weee*


Bahan-bahan dough yang selamat :
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1 cawan air suam
3- 1 tbsp minyak sayuran
4- 1/3 cawan garam
5- 2 tbsp cream of tartar
6- Pewarna makanan

Dan cara penyediaannya sangat-sangat mudah.
a] gaul tepung,tartar dan garam hingga sebati 
b] masukkan air suam sedikit demi sedikit.
c] tambahkan minyak sayuran dan gaul di atas api yang perlahan sehingga kenyal.
ohhh,ia mengambil masa yang pendek untuk menjadi kenyal 
dan gaulan itu harus dengan tekun dan sabar *wink*
d] masukkan pewarna makanan, 
e] tutup api dan uli doh tersebut beberapa minit.
dan..taraaaa,ia nya sempurna untuk di mainkan!


nota kaki kecil dari guru kanak-kanak kecil *gheeee*

1- Rangsangan otak
Penglibatkan kanak-kanak dalam penyediaan doh ini merangsang otak mereka bekerja.
rangsangan ini akan menggalakkan mereka berfikir.dan berfikir menjadikan kanak-kanak itu bijak.*that's true*

2- Pembelajaran Matematik yang mudah
aktiviti sukatan dan timbangan ini melibatkan aktiviti matematik yang mudah.
biarkan kanak-kanak kecil memasukkan bahan-bahan tersebut
dan start 'learn while they are playing!'
mereka akan belajar makna 'satu pertiga' 'setengah' dan sebagainya!

3- Self-esteem
cara mudah untuk meningkatkan self-esteem kanak-kanak..
biarkan mereka memilih warna kegemaran mereka di dalam penyediaan doh ini.
melihat doh di perbuat dengan hasil pilihan warna mereka akan meningkatkan self-esteem anak-anak ke tahap tertinggi * wah,tertinggi*
tidakkah sesuatu yg membanggakan apabila mereka menyebut ' warna ini kita pilih tau!' hehehehe

4- Perkembangan Bahasa 
Mereka akan banyak belajar bahasa yang baru.
perkatan uli,kepal dan picit dan sebagainya adalah sesuatu yang baru bagi mereka.


If this is your first time visiting TATEH PLAYGROUP
Welcome!
If you like what you have found,please join us on our FACEBOOK PAGE.
We are always sharing new ideas to play,learn,create and explore!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...