Thursday, 18 October 2012

[ Toddler Play ] DIY Matching Game

Saya sukakan sesuatu yang homemade.
homemade itu bersifat ikhlas kerana di buat dengan penuh kasih sayang *kelip-kelip mata*
hahaha.mencari ruang dari sedikit kesibukan untuk sesuatu yang berguna untuk anak itu lah yang bersifat kasih sayang ;)

Dan homemade things yang mengujakan saya adalah SET MATCHING GAME ini. *kelip mata lagi*
ia sangat mengujakan kerana di perbuat dari penutup botol minuman yang selalu di buang..
apabila di lekatkan sesuatu yang cantik *dan berguna*, ia menjadi permainan dan pembelajaran yang menghiburkan!

Matching game atau memory game sangat baik untuk perkembangan kognitif anak.kognitif itu sesuatu yang berkait rapat dengan keupayaan otak anak.
'Matching is the simplest form of finding patterns which is an important part of learning to organizing information'.

Selain itu, matching game activities ini sangat-sangat di galakkan untuk anak seawal TODDLER year.
Mereka akan lebih mudah memahami 'konsep persamaan dan perbezaan' selain membina keupayaan otak mereka dari pelbagai segi.
Antaranya :
1- early math and reading skill
2- opportunities for language development
3- great for fine-motor skills




Dan, cara -cara * yang mudah* untuk menyediakan SET MACHING GAME ini seperti berikut :

STEP 1
Tukarkan penutup botol minuman kepada sesuatu yang menggembirakan *wink*


STEP 2
Print Out objects atau shape yang menarik . Pastikan objek tersebut mempunyai dua bentuk yang sama.
Atau guntingkan dari keratan buku lama atau risalah bulanan dari supermarket :)

Laminate atau lekatkan pada kertas yang agak keras.


STEP 3
Tampal pada  penutup botol yang sudah di basuh bersih.


STEP 4
Sedia untuk bermain *yeay*
Untuk permulaan, kenalkan bentuk-bentuk dan gambar yang di tampal tadi.
Dan kemudian berikan satu,dua atau tiga contoh mudah persaan di antara gambar.
Anak berusia satu tahun mungkin mengambil sedikit masa , namun mereka lebih mudah memahami perbezaan dan persaam jika aktiviti ini di lakukan berulang kali :)
selamat bermain dan bergembira!


If this is your first time visiting TATEH PLAYGROUP – welcome! If you like what you have found, please join us on our FACEBOOK PAGE.We are always sharing new ideas to play, learn, create and explore.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...