Wednesday 12 September 2012

Riang Ria Belajar Di Bilik Mandi

Aktiviti mandi manda yang biasa-biasa sahaja boleh ditukarkan menjadi aktitiviti pembelajaran yang menyeronokkan :)

dan satu darinya 'Pengenalan Kepada Anggota Badan'
Perkembangan otak anak anak kita bermula dari saat kelahiran mereka,jadi bermula awal itu lebih baik :)
dan dibenarkan juga jika anak berusia sehari *grrn* jika ibu kita tidakjeling jeling mata :)

caranya sangat mudah *dan murah*
*notis amaran : ianya tidak melibatkan sebarang kos hehehehe



belai tubuh anak lembut lembut ketika mandi
dan saat badan anak penuh dipenuhi sabun,sebut dan nyatakan setiap anggota badan satu persatu
ia harus bermula dengan lima anggota badan setiap hari
dan dinyanyikan dengan suara yang merdu dan jelas *argh tidak merdu pun tidak apa hehehe*

'tummy,tummy,tummy *usap perut berulangkali*
chest,chest,chest *usap dada*
armpit,armpit,armpit *garu geli geli hehehe*
chin,chin,chin
nose and nose and nose *titik titikkan hidung yang comel itu*


mudahkan!
dan seterusnya gantikan dengan anggota badan yang lain jika anak bijak itu sudah bijak menangkap 'word' tersebut!
aktiviti mandi manda yang biasa biasa sahaja kini bertukar menjadi SATU SUASANA PEMBELAJARAN yang MENYERONOKKAN!
dan jika mahu juga boleh diteruskan aktiviti ini saat memakaikan baju.

nota kaki teacher :P
'aktitivi pembelajaran tidak memerlukan tempat yg spesifik
juga tidak meemrlukan kos yang banyak
yang penting dan perlu ada hanyalah masa *dan juga rasa yang gembira*'

sebarang pertanyaan berkaitan playgroup,hubungi saya
teacher munira
 [ 0196954456 ][tatehplaygroup@gmail.com] 

1 comment:

  1. hihi...comel jer...xsabar nk mandikn aqeef n nyanyi2 kt bilik mandi ^_^

    tq teacher...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...