Monday, 17 September 2012

Tips Mudah Ajar Anak Kecil Cepat Bercakap

Ia mudah.mudah kerana tidak memerlukan sebarang bahan.
dan ia sangat senang untuk di aplikasi .
bukan hanya bayi cepat berkata-kata tetapi juga cepat mengenal benda!



cara ini hanya mengambil 3 langkah mudah :

STEP 1
Sediakan tangan untuk melambai
*dengan sangat lemah lembut*

STEP 2
Katakan 'bye-bye' untuk benda yang berada berdekatan bayi ,
sebagai contoh
'bye-bye chair *lambai ke arah kerusi* 
'bye-bye mirror' 
'bye-bye mommy yang cantik' eh!hehe

STEP 3
Dan ulangi perkataan 'bye-bye' ini untuk 5 benda setiap hari.
bayi dan kanak-kanak sukakan perkara yg berulang ulang..
dan mommy tidak harus bimbang untuk mengulang perkataan yang sama setiap hari.

Contoh yang paling mudah adalah seperti ini ;)


'the more you talk,the more your baby will try to talk '

Saya memulakan aktiviti seperti ini di bilik mandi.
Agak mudah bermula di bilik mandi kerana kita akan keluar dan masuk di sini beberapa kali sehari.hihi
selepas selesai mandi.saya akan 'say good bye' untuk lima benda di bilik mandi.
bye bye water
bye bye tap
bye bye soap
bye bye shampoo
bye bye toothbrush

dan saya akan pastikan anak ikut rentak mommy.
ohh anak kecil masih segar.dan selalunya mereka akan melambai dengan sendirinya.
dan bila saya dan anak masuk ke bilik mandi kembali
saya akan 'say hi' untuk benda benda tadi.

Dan aktiviti begini berulang berkali kali dalam sehari 😀

rangsang anak anak untuk berkata kata  bermula HARI INI  *tiada esok,dan tiada nanti*
dan mommy pasti gembira melihat hasilnya!


Wednesday, 12 September 2012

Riang Ria Belajar Di Bilik Mandi

Aktiviti mandi manda yang biasa-biasa sahaja boleh ditukarkan menjadi aktitiviti pembelajaran yang menyeronokkan :)

dan satu darinya 'Pengenalan Kepada Anggota Badan'
Perkembangan otak anak anak kita bermula dari saat kelahiran mereka,jadi bermula awal itu lebih baik :)
dan dibenarkan juga jika anak berusia sehari *grrn* jika ibu kita tidakjeling jeling mata :)

caranya sangat mudah *dan murah*
*notis amaran : ianya tidak melibatkan sebarang kos hehehehe



belai tubuh anak lembut lembut ketika mandi
dan saat badan anak penuh dipenuhi sabun,sebut dan nyatakan setiap anggota badan satu persatu
ia harus bermula dengan lima anggota badan setiap hari
dan dinyanyikan dengan suara yang merdu dan jelas *argh tidak merdu pun tidak apa hehehe*

'tummy,tummy,tummy *usap perut berulangkali*
chest,chest,chest *usap dada*
armpit,armpit,armpit *garu geli geli hehehe*
chin,chin,chin
nose and nose and nose *titik titikkan hidung yang comel itu*


mudahkan!
dan seterusnya gantikan dengan anggota badan yang lain jika anak bijak itu sudah bijak menangkap 'word' tersebut!
aktiviti mandi manda yang biasa biasa sahaja kini bertukar menjadi SATU SUASANA PEMBELAJARAN yang MENYERONOKKAN!
dan jika mahu juga boleh diteruskan aktiviti ini saat memakaikan baju.

nota kaki teacher :P
'aktitivi pembelajaran tidak memerlukan tempat yg spesifik
juga tidak meemrlukan kos yang banyak
yang penting dan perlu ada hanyalah masa *dan juga rasa yang gembira*'

sebarang pertanyaan berkaitan playgroup,hubungi saya
teacher munira
 [ 0196954456 ][tatehplaygroup@gmail.com] 

Ia Pembelajaran Yang Menyeronokkan

ia waktu-waktu yang menggembirakan..


dan kegembiraan itu berterusan dengan pembelajaran yang menghiburkan..


ohhhh jadual kelas akan di umumkan nanti ya :)
saya sudah tidak sabar sabar untuk belajar dan bergembira!



Thursday, 19 July 2012

Keep Calm It's RAMADHAN

assalamualaikum.

Salam Ramadhan Kareem.



Melangkah kaki ke pintu ramadhan dengan penuh rasa kesyukuran :)
Saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran kata sepanjang menulis..juga sepanjang beraktiviti bersama-sama..dan juga sepanjang berbual mesra dengan semua..juga untuk segala ketelanjuran perbuatan samada yang di sedari atau tidak.
Mohon di halalkan segala-galanya.

Semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna dalam hidup kita.
selamat beribadah dan selamat berpuasa.


InsyaAllah.KELAS PLAYGROUP akan bermula setelah Ramadhan berakhir ;)
Jumpa nanti ya semua mommy mommy hebat dan anak-anak hebat di luar sana!

Thursday, 23 February 2012

Homemade Lacing Card

Hari jumaat yang sungguh indah.


saya sukakan sesuatu yang 'homemade', 
seperti kita sukakan masakan ibu, dan ternanti-nanti waktu itu.
dan hari ini, saya ada sesuatu yang dibuat di rumah.

HOMEMADE LACING CARD

 photo : minico.com
tidakkah ianya kelihatan cantik?
dan ia sangat berguna untuk perkembangan motor halus anak-anak.
ohh..saya sudah bincangkan berkenaan 'motor halus' ini di entri yang lalu :)

dan homemade card ini saya download dari minico.com
saya laminate dan saya punchkan ia.
jarak setiap lubang terpulang pada anda.
untuk permulaan.jaraknya biar agak jauh.supaya anak kecil tidak terasa sukar.
jika sudah mahir.
jarakkan ia sedikit dekat.
oh anda juga boleh melakukan sendiri di rumah.
mudah dan murahkan!


Fine Motor Activities @ Tateh PlayGroup

eh, tidakkah saya katakan fine-motor activities ini penting untuk anak-anak.
dan mommy harus galakkan penglibatan anak-anak dalam aktiviti yang melibatkan fine-motor ini.
ooh, FINE MOTOR adalah aktiviti yang melibatkan penggunaan small muscle atau pincer-grasp, atau 'jari-jari yang kecil' itu.
semakin banyak permainan dan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak yang melibatkan fine-motor ini, semakin anda membantu mereka untuk menguatkan otot-otot tangan mereka.

ohhh.kenapa kekuatan otot-otot tangan anak penting untuk perkembangan mereka?
kerana anda membantu anak-anak untuk mahir di dalam aktiviti 'kemahiran hidup' mereka:

1- semakin banyak latihan atau permainan yang melibatkan 'otot kecil ini', semakin mereka mahir dengan aktiviti menggunting.ohh, kenapa menggunting?kerana, aktiviti menggunting itu sukar untuk seorang kanak-kanak, namun ada yang 'sangat mahir' menggunakannya.

2.fine motor activities ini akan melatih mereka untuk mewarna dengan lebih cantik dan kemas dan aktiviti mewarna di dalam buku latihan sekolah akan menjadi lebih kemas.tidakkah ini akan membuatkan mommy akan lebih gembira. :)

3. susah hati dengan tulisan tangan anak yang kurang cantik? *ohh nadanya seakan iklan tv pula*, cuba perbanyakkan aktiviti yang melibatkan fine-motor ini.ia akan membantu untuk 'develop correct pencil grasp'

4. dan saya pernah berbual dengan seorang doktor gigi yang mengakui, 'kekuatan pengguanaan fine-motor ini' membantu anak kecil untuk memberus gigi dengan baik.

5. dan, aktiviti 'fine motor' ini juga sebenarnya membantu anak anda untuk fokus dalam aktiviti membaca *reading session* dan aktiviti pembelajaran di kelas kelak.ini kerana fine-motor activities membantu 'hand-eye coordination'. bukankah melakukan aktiviti 'memasukkan tali ke dalam beads' itu perlu daya konsentrasi yang tinggi?

Dan , kerana itu dalam setiap kelas yang di jalankan di TATEH PLAYGROUP, akan ada aktiviti yang melibatkan penggunaan 'fine-motor' anak-anak.


fine motor activities

Ohh, aktiviti ini amat-amat di gemari oleh anak-anak.
menggunakan 'paper clip' dalam aktiviti 'FIND AND MATCH ACCORDING TO THE RIGHT COLOR'
biarpun sedikit sukar, namun ada yang berjaya melakukannya dengan BAIK.syabas sayang!





dan ini sorting activity



dan juga parachute play



ohhhh, masa untuk bergembira dengan warna masih lagi di buka.
email di tatehplaygroup@gmail.com atau terus hubungi saya 019-6954456 (teacher munira)

Wednesday, 22 February 2012

Alphabet Scavenger Hunt

new HOMEMADE things in the class *wink.wink*


ianya dari bahan-bahan terpakai kerana ia harus dididik di dalam diri anak-anak.
ia membantu menyelamatkan bumi dan juga mengajar anak-anak lebih creative dan inovatif.
bahan-bahan :
1. botol air terpakai
2. beras yang di warnakan
3. dan juga alphabets
4. belon *untuk mengelakkan dari penutup di buka*

ohhh anak-anak lebih teruja untuk belajar mengenal huruf.
dan juga belajar berkaitan warna.


'ohhhh lihat, momma lihat ada huruf berwarna hijau.huruf apakah itu?'
dan
'cuba adik cari huruf berwarna BIRU' *tekannya perkataan warna itu*
tidakkan pengajaran ini lebih menggembirakan..
dan inilah yang dinamakan 'LEARN TRU PLAY'

untuk lebih pengalaman dalam permainan ini, boleh daftarkan diri ke TATEH PLAYGROUP CLASS.
kelas diadakan setiap hujung minggu! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...