Tuesday 13 November 2012

[Play] Homemade Playdough Recipe

'Playdough play" adalah sangat-sangat baik untuk perkembangan fine motor skill kanak-kanak.
Bermain dengan dough ini boleh bermula seawal kanak-kanak berusia setahun. 
Aktiviti menggolek,mengepal dan menekan dough dengan kuat *atau perlahan* merangsang motor-motor halus mereka bekerja.
Dan kerana usia kanak-kanak yang masih kecil,penyediaan dough yang selamat harus di utamakan!

Superduper easy peasy homemade playdough recipe.
ia mudah,murah dan selamat!*weee*


Bahan-bahan dough yang selamat :
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1 cawan air suam
3- 1 tbsp minyak sayuran
4- 1/3 cawan garam
5- 2 tbsp cream of tartar
6- Pewarna makanan

Dan cara penyediaannya sangat-sangat mudah.
a] gaul tepung,tartar dan garam hingga sebati 
b] masukkan air suam sedikit demi sedikit.
c] tambahkan minyak sayuran dan gaul di atas api yang perlahan sehingga kenyal.
ohhh,ia mengambil masa yang pendek untuk menjadi kenyal 
dan gaulan itu harus dengan tekun dan sabar *wink*
d] masukkan pewarna makanan, 
e] tutup api dan uli doh tersebut beberapa minit.
dan..taraaaa,ia nya sempurna untuk di mainkan!


nota kaki kecil dari guru kanak-kanak kecil *gheeee*

1- Rangsangan otak
Penglibatkan kanak-kanak dalam penyediaan doh ini merangsang otak mereka bekerja.
rangsangan ini akan menggalakkan mereka berfikir.dan berfikir menjadikan kanak-kanak itu bijak.*that's true*

2- Pembelajaran Matematik yang mudah
aktiviti sukatan dan timbangan ini melibatkan aktiviti matematik yang mudah.
biarkan kanak-kanak kecil memasukkan bahan-bahan tersebut
dan start 'learn while they are playing!'
mereka akan belajar makna 'satu pertiga' 'setengah' dan sebagainya!

3- Self-esteem
cara mudah untuk meningkatkan self-esteem kanak-kanak..
biarkan mereka memilih warna kegemaran mereka di dalam penyediaan doh ini.
melihat doh di perbuat dengan hasil pilihan warna mereka akan meningkatkan self-esteem anak-anak ke tahap tertinggi * wah,tertinggi*
tidakkah sesuatu yg membanggakan apabila mereka menyebut ' warna ini kita pilih tau!' hehehehe

4- Perkembangan Bahasa 
Mereka akan banyak belajar bahasa yang baru.
perkatan uli,kepal dan picit dan sebagainya adalah sesuatu yang baru bagi mereka.


If this is your first time visiting TATEH PLAYGROUP
Welcome!
If you like what you have found,please join us on our FACEBOOK PAGE.
We are always sharing new ideas to play,learn,create and explore!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...